Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

13 pendaki sesat di gunung berlumut, diselamatkan bomba


Tarikh kemaskini: 11/03/2019





KLUANG, 11 Mac (Bernama) -- Seramai 13 pendaki dari Johor Bahru berjaya diselamatkan setelah tersesat ketika kumpulan berkenaan melakukan aktiviti mendaki di Gunung Berlumut, Felda Ulu Dengar, Kluang, di sini, semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kluang Penguasa Kanan Bomba Akob Sedek berkata pihaknya menerima panggilan pada 8.50 malam tadi untuk operasi menyelamat itu.

Katanya, daripada laporan yang diterima kesemua mangsa itu tersesat di antara check point ketiga dan keempat gunung berkenaan, selain seorang daripada mereka telah mengalami kecederaan pada bahagian lutut.

“Dalam operasi menyelamat ini, ia disertai oleh 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kluang, tiga anggota polis, empat anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta dua malim gunung itu.

“Kesemua mangsa ini telah berjaya dikesan pagi ini dan mereka berjaya dibawa keluar kira-kira 9 pagi ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel