Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

12 PATI ditahan dalam operasi bersepadu pemutihan di Johor Bahru


Tarikh kemaskini: 10/03/2019





JOHOR BAHRU, 10 Mac (Bernama) -- Dua belas orang pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam operasi bersepadu melibatkan polis dan pelbagai agensi lain bagi pemutihan bandaraya Johor Bahru yang dijalankan selama tiga jam, bermula pukul 2 petang ini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Shahurinain Jais berkata lapan warga Bangladesh, tiga warga India dan seorang warga Nepal itu ditahan oleh Imigresen Setia Tropika Johor Bahru.

Mereka disiasat di bawah Seksyen 15(4) Akta Imigresen 1959/63 kerana tinggal lebih masa dan Seksyen 6 (3) Akta Imigresen 1959/63 kerana tiada dokumen perjalanan yang sah. 

"Dalam operasi sama, Bahagian Siasatan Jenayah Johor Bahru Selatan turut menahan seorang warga tempatan kerana memiliki empat biji dadah jenis ecstasy dan dia disiasat di bawah Sekyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952,” kata beliau dalam kenyataan hari ini.

Turut dirampas dalam operasi itu 125 botol minum keras pelbagai jenama.

Shahurinain berkata sebanyak 35 premis telah diperiksa iaitu lapan buah hotel, dua rumah tumpangan, sebuah tempat pengurup wang berlesen dan 24 premis lain.

Beliau berkata 77 orang diperiksa dalam operasi itu yang bertujuan untuk membersihkan kawasan bandaraya Johor Bahru daripada kegiatan jenayah, dadah, gejala ulat parkir, gelandangan dan gejala sosial.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel