Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Mangsa terhidu gas sisa kimia di Sungai Kim Kim meningkat kepada 82


Tarikh kemaskini: 10/03/2019





JOHOR BAHRU, 10 Mac (Bernama) -- Jumlah mangsa terhidu gas daripada sisa kimia yang dibuang di Sungai Kim Kim dekat Pasir Gudang, meningkat kepada 82 orang tengah hari ini, berbanding 79 malam tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian Johor, Dr Sahruddin Jamal berkata keseluruhan jumlah itu melibatkan 23 yang menerima rawatan sebagai pesakit luar, manakala 59 lagi dirawat di Hospital Sultan Ismail (HSI) sejak kejadian tersebut dilaporkan.

"Daripada 59 orang itu, 34 dibenarkan pulang manakala 25 lagi masih dirawat di HSI,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dr Sahruddin berkata 18 orang ditempatkan di wad biasa, sementara tujuh dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

“Mereka yang ditempatkan di ICU, seorang melalui proses 'intubation' manakala enam lagi dalam pemerhatian. Keadaan mereka semua stabil,” kata beliau.

Pada Khamis lepas, Sekolah Menengah Kebangsaan Pasir Putih dan Sekolah Kebangsaan Pasir Puteh terpaksa ditutup berikutan pencemaran udara berikutan pembuangan sisa kimia di Sungai Kim kim oleh pihak tidak bertanggungjawab awal pagi hari yang sama.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel