Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Empat hektar hutan, ladang sawit di kaki Gunung Lambak terbakar


Tarikh kemaskini: 09/03/2019





JOHOR BAHRU, 9 Mac (Bernama) -- Kira-kira empat hektar kawasan hutan dan sebuah ladang kelapa sawit di kaki Gunung Lambak dekat Kluang, musnah dalam kebakaran, hari ini.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kluang, Pegawai Bomba Kanan II, Zulbahrine Talib berkata pihaknya menerima panggilan kebakaran tersebut pada 2.45 petang tadi dan dua jentera bersama 13 anggota terlibat dalam operasi pemadaman berkenaan.

"Kerja-kerja pemadaman sedang giat dijalankan sehingga kini, bagaimanapun, kebakaran terkawal dan tidak merebak ke kawasan lain di kaki Gunung Lambak," katanya yang dihubungi, hari ini.

Zulbahrine berkata punca sebenar kejadian dan anggaran kerugian sedang dalam siasatan.

Katanya kebakaran terbabit juga tidak melibatkan kecederaan ataupun kemalangan jiwa.

"Pemantauan berterusan akan dilakukan bagi mengelakkan kebakaran ini semakin merebak luas,"katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     

740 membida nombor pendaftaran kenderaan siri ALL setakat petang ini

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel