Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Majlis Belia Sabah sokong komitmen Malaysia bantu pembangunan Mindanao


Tarikh kemaskini: 08/03/2019





KOTA KINABALU, 8 Mac (Bernama) -- Komitmen Malaysia yang dinyatakan oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk membantu pembangunan di Mindanao merupakan perkembangan positif yang mampu memberi sinar baharu kepada Kawasan Pertumbuhan Timur ASEAN-Brunei-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMP-EAGA).

Presiden Majlis Belia Sabah (MBS), Ahmad Farid Sainuri berkata penglibatan Malaysia memberi banyak manfaat bukan sahaja kepada penduduk Mindanao, malah kepada rakyat Sabah sendiri.

"Kedudukan Sabah dan Mindanao di selatan Filipina yang sangat berdekatan bukan sahaja secara geografi, malah latar masyarakat, boleh diibaratkan sebagai sebuah keluarga.

"Apa sahaja yang berlaku di Mindanao, ianya mampu memberi implikasi positif atau negatif kepada landskap kestabilan politik, ekonomi dan kesejahteraan rakyat di Sabah," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Dalam sidang media bersama Presiden Filipina Rodrigo Duterte selepas pertemuan  dua hala di Manila semalam sempena lawatan ke negara itu, Dr Mahathir berkata Mindanao mempunyai potensi ekonomi besar yang boleh dimajukan dengan kewujudan Wilayah Autonomi Islam Mindanao Bangsamoro (BARMM), seterusnya membantu meningkatkan hubungan ekonomi antara kedua-dua negara.

Áhmad Farid berkata sebab  itu pentingnya penglibatan Malaysia dalam membantu kemajuan pembangunan ekonomi di Mindanao.

Katanya kestabilan dan keselamatan Kawasan Pertumbunan  ASEAN Timur BIMP-EAGA dapat membantu merancakkan lagi ekonomi negeri Sabah.

Menurutnya, tanpa kestabilan politik, sukar untuk menggalakkan pelabur luar untuk melabur dengan lebih aktif di rantau ini khususnya di Sabah sendiri. 

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Undi 18: SPR adakan sesi libat urus dengan pihak berkenaan

 
     

Penubuhan KPSM inisiatif tingkatkan sosioekonomi pekebun kecil

 
     

Polis tidak berat sebelah siasat tuduhan Exco rogol pembantu rumah

 
     

Program 'Anak Kami' PPIM bantu bayi tidak sah taraf dapat keluarga angkat

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel