Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Perkeso edar risalah Ops Kesan di 100 premis perniagaan di Tawau


Tarikh kemaskini: 08/03/2019





TAWAU, 8 Mac (Bernama) -- Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) mengunjungi kira-kira 100 premis perniagaan di sini, bagi mengedarkan risalah berkaitan Ops Kesan yang akan dijalankan agensi berkenaan pada 1 April depan.

Pengurus Perkeso Cawangan Tawau, Joseph Immanuel berkata sehingga 31 Mac ini, Perkeso melaksanakan tempoh pemutihan dan memberi peluang kepada majikan tampil secara sukarela ke kaunter agensi itu bagi mendaftarkan perniagaan serta pekerja yang layak mencarum sebelum Ops Kesan dijalankan.

"Mulai 1 April akan datang, Perkeso akan melancarkan Ops Kesan di seluruh negara untuk mengenal pasti dan mengambil tindakan undang-undang ke atas majikan yang belum berdaftar dengan Perkeso," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Semalam, 12 anggota Unit Penguatkuasa Perkeso di sini, melakukan lawatan ke premis perniagaan, dan  mengedar risalah Ops Kesan.

Joseph dalam pada itu berkata pekerja layak didaftarkan terdiri daripada warganegara, penduduk tetap dan sementara serta warga asing.

Selain itu, beliau berkata individu yang bekerja sendiri seperti pemandu teksi, e-hailing seperti Grab termasuk kereta sewa juga boleh mendaftarkan diri sebagai pencarum di pejabat Perkeso berhampiran.

Untuk keterangan lanjut, orang ramai boleh menghubungi Hotline Perkeso di 1-300-22-8000 atau layari laman web rasmi Perkeso di www.perkeso.gov.my.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Hutang awam kerajaan negeri Melaka turun RM3.6 juta tahun lepas

 
     

Sultan Perak berkenan berangkat ke Majlis Bersama Rakyat di Gopeng

 
     

7,000 murid KAFA cipta rekod MBOR, hasilkan peta minda terbanyak

 
     

HOSHAS catat sejarah pembedahan katarak terbesar dalam dua hari

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel