Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Wanita pengsan dipercayai terhidu bahan kimia di sebuah kolam memancing


Tarikh kemaskini: 08/03/2019





JOHOR BAHRU, 8 Mac (Bernama) -- Seorang wanita pengsan dipercayai akibat terhidu bahan kimia di sebuah kolam memancing di Jalan Cermai 2, Taman Kota Masai, dekat Pasir Gudang, awal hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Johor Datuk Yahaya Madis berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 2.41 pagi  yang memaklumkan terdapat bau mencurigakan di kawasan kolam memancing tersebut.

“Wanita berkenaan dibawa ke Hospital Sultan Ismail oleh sebuah ambulans bagi mendapatkan rawatan manakala pasukan Unit Bahan Berbahaya (Hazmat) turut membuat pemantauan di lokasi berkenaan bagi mengenal pasti punca kejadian,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Yahaya berkata pemeriksaan Hazmat bagaimanapun mendapati bacaan udara di kolam memancing itu tidak menunjukkan pencemaran dan berada pada paras selamat.

Menurutnya maklumat mengenai mangsa tidak dapat dipastikan berikutan wanita berkenaan digegaskan ke hospital sejurus ketibaan pihak bomba.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     

740 membida nombor pendaftaran kenderaan siri ALL setakat petang ini

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel