Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Agong bersolat Jumaat di Masjid Negeri Sabah


Tarikh kemaskini: 08/03/2019





KOTA KINABALU, 8 Mac (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan berangkat menunaikan solat Jumaat di Masjid Negeri, di sini.

Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda yang berbaju Melayu hijau muda di masjid berkenaan pada 12.27 tengah hari disambut oleh Yang di-Pertuan Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Seri Paduka Baginda kemudian menyertai ribuan jemaah menunaikan solat Jumaat itu yang diimamkan Imam Besar Masjid Negeri Sabah Ibrahim Kisab.

Sebelum berangkat pulang, Seri Paduka Baginda turut  berkenan  bersalam-salaman dengan jemaah serta menyampaikan sumbangan wang tunai kepada golongan asnaf di masjid itu.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Azis Jamman cedera ringan terlibat nahas jalan raya di Nabalu, Kundasang

 
     

Projek pembinaan ECRL beri keutamaan kepada rakyat tempatan - MB

 
     

Sembilan pili air awam bagi hadapi gangguan bekalan air bermula esok

 
     

Konsul Indonesia di Pulau Pinang mahu penjelasan kes Adelina

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel