Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Dua lelaki curi kereta berjaya di berkas polis


Tarikh kemaskini: 08/03/2019





TUARAN, 8 Mac (Bernama) -- Dua lelaki yang dipercayai aktif menjalankan kegiatan mencuri kenderaan berjaya diberkas di Kampung Kiansom Baru, Tamparuli Tuaran, semalam.

Ketua Polis Daerah Tuaran DSP Dzulbaharin Ismail berkata kedua-dua suspek warga tempatan berusia 30, dan 31 tahun itu ditahan pada jam 11 malam.

"Modus operandi kumpulan ini, mensasarkan kereta yang diletakkan di kawasan taman-taman perumahan di daerah ini," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Dzulbaharin berkata dalam tangkapan itu polis turut merampas barang kes termasuk sebuah rangka kereta kancil dan sebuah kereta kancil.

Beliau berkata suspek akan direman untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 379 A Kanun Keseksaan.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Azis Jamman cedera ringan terlibat nahas jalan raya di Nabalu, Kundasang

 
     

Projek pembinaan ECRL beri keutamaan kepada rakyat tempatan - MB

 
     

Sembilan pili air awam bagi hadapi gangguan bekalan air bermula esok

 
     

Konsul Indonesia di Pulau Pinang mahu penjelasan kes Adelina

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel