Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Lelaki hilang dipercayai dibaham buaya di Kinabatangan


Tarikh kemaskini: 08/03/2019





KINABATANGAN, 8 Mac (Bernama) -- Seorang lelaki berumur 40 tahun telah dilaporkan hilang dan dikhuatiri dibaham buaya di Kampung Sinar Jaya di sini malam tadi.

Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah hari ini, Balai Bomba dan Penyelamat Kinabatangan menerima panggilan kecemasan berhubung kes itu dan bergegas ke tempat kejadian kira-kira 14 km dari balai.

Maklumat orang awam mengatakan mangsa dipercayai dibaham buaya ketika menjala udang di tebing sungai di kampung itu.

Mangsa masih belum ditemui dan operasi mencari dan menyelamat diteruskan hari ini selepas ditangguh pukul 10.35 malam tadi.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Undi 18: SPR adakan sesi libat urus dengan pihak berkenaan

 
     

Penubuhan KPSM inisiatif tingkatkan sosioekonomi pekebun kecil

 
     

Polis tidak berat sebelah siasat tuduhan Exco rogol pembantu rumah

 
     

Program 'Anak Kami' PPIM bantu bayi tidak sah taraf dapat keluarga angkat

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel