Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

PPM tahan enam lelaki langgar syarat lesen tangkap ikan


Tarikh kemaskini: 07/03/2019





TAWAU, 7 Mac (Bernama) -- Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau menahan sebuah bot nelayan serta enam lelaki warga Indonesia di perairan Tinagat dekat sini, semalam.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, ACP Mohamad Pajeri Ali berkata Bot itu ditahan anggota PPM yang menjalankan Ops Geloran di kedudukan dua batu nautika dari pesisir pantai berhampiran perairan Tinagat pada pukul 8 pagi.

Kesemua yang ditahan berumur lingkungan 30-an.

Beliau berkata pemeriksaan mendapati suspek disyaki melakukan kesalahan mengikut Seksyen 8 Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat lesen iaitu memukat ikan kurang dari lapan batu nautika dari pantai.

"Bot berkenaan ditahan bersama hasil tangkapan pelbagai jenis ikan dengan anggaran berat 80 kilogram sebelum dibawa ke Markas Operasi PPM Tawau untuk tindakan lanjut," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Mohamad Pajeri dalam pada itu berkata pihaknya komited membanteras sebarang elemen jenayah di laut.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

KDM janjikan pengalaman digital, 'moh' datang ramai-ramai ke Ipoh

 
     

Saya diminta letak jawatan - Bekas pegawai bank Ambank

 
     

Kerajaan lulus RM34 juta untuk sambung bina rumah kedua generasi Felcra

 
     

Najib tidak pernah tanya mengenai terlebih pengeluaran dalam akaunnya - Saksi

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel