Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Agong berkenan lawat hospital wanita dan kanak-kanak Sabah


Tarikh kemaskini: 07/03/2019





KOTA KINABALU, 7 Mac (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar berkenan berangkat melawat Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas, Sabah di sini hari ini.

Turut mengiringi keberangkatan baginda yang tiba di hospital berkenaan pukul 3.30 petang ialah Tuan Yang Terutama (TYT) Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal

Keberangkatan tiba Sultan Abdullah dimulakan dengan acara menandatangani plak cenderamata sempena lawatan itu, sebelum baginda berdua menziarahi pesakit di hospital berkenaan.

Baginda berdua mengluangkan masa selama kira-kira 40 minit di hospital berkenaan.

Baginda berdua dijadualkan  berangkat ke majlis bacaan yasin, tahlil dan tazkirah di Masjid Bandaraya, Kota Kinabalu pukul 6.15 petang ini.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Konsul Indonesia di Pulau Pinang mahu penjelasan kes Adelina

 
     

Penganjuran e-sukan menguntungkan negara

 
     

Takaful IKHLAS perkenal IWE sebagai platform peserta bantu masyarakat

 
     

Polis Kedah rampas syabu RM2.5 juta, tahan keldai dadah

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel