Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Oil Boom diguna untuk sekat, kawal pencemaran bahan kimia di Sungai Kimkim


Tarikh kemaskini: 07/03/2019





JOHOR BAHRU, 7 Mac (Bernama) -- Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor akan menggunakan “Oil Boom” untuk mengawal dan menyekat pencemaran bahan kimia yang dipercayai dibuang ke Sungai Kimkim, Pasir Gudang, dekat sini, daripada terus berleluasa.

Pengarahnya Datuk Yahaya Madis berkata pihaknya mempunyai pelan dan langkah untuk memastikan pencemaran bahan kimia di Sungai Kim Kim, dekat Taman Pasir Putih, di sini tidak merebak ke kawasan lain.

Oil boom ialah peralatan khas berupa seperti pelampung yang boleh menyerap dan menyekat  pencemaran bahan kimia daripada berleluasa.

“Kita sudah meletakkan oil boom di beberapa kedudukan sungai yang dipercayai terjejas. Fungsinya adalah untuk menyerap bahan kimia sekali gus mengelakkannya daripada merebak.

“Kawasan terjejas adalah melibatkan radius 500 meter daripada sungai yang sepanjang kira-kira 1.5 kilometer ini,” katanya kepada pemberita di pusat operasi pembersihan Sungai Kim Kim, di sini, hari ini.

Yahaya berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.15 pagi daripada orang awam yang berada di perumahan berhampiran. 

"Kita masih lagi mengenal pasti jenis bahan kimia yang dibuang tetapi percaya ia adalah bahan mudah terbakar. Selain itu, pihak forensik juga sudah mengambil sampel air dan tanah di kawasan ini untuk mengetahui jenis bahan kimia yang dibuang,” kata beliau.

Katanya, seramai 30 pegawai dan anggota bomba ditugaskan di lokasi berlakunya tumpahan bahan kimia tersebut.

"Antara yang terlibat dalam misi ini termasuk Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS), Forensik dan Pasukan Unit Bahan Berbahaya (Hazmat),” kata beliau.

Beliau menyifatkan kejadian itu sebagai kes pertama di negeri ini yang melibatkan pembuangan bahan kimia di sungai.

-- BERNAMA  

   

 
 
     
   
 

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel