Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

28 mangsa dirawat selepas terhidu gas kimia di Pasir Gudang


Tarikh kemaskini: 07/03/2019





JOHOR BAHRU, 7 Mac (Bernama) -- Seramai 28 mangsa sedang dirawat di hospital dan klinik kesihatan dipercayai ekoran terhidu gas kimia berikutan pembuangan sisa kimia di Sungai Kimkim, dekat Pasir Gudang di sini, awal pagi tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian Dr Sahruddin Jamal berkata seramai 19 orang dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI), tujuh ke Klinik Kesihatan Pasir Gudang manakala dua lagi di Hospital Penawar.

"Daripada jumlah mangsa yang dihantar ke HSI, lapan kami telah kenal pasti masih dirawat di wad kecemasan Zon Merah iaitu zon kritikal manakala bakinya dirawat di Zon Kuning," kata beliau ketika ditemui selepas melawat pusat operasi di luar Sekolah Menengah Kebangsaan Pasir Puteh, dekat Pasir Gudang di sini, hari ini.

Kesemua mangsa terdiri daripada 24 pelajar dan empat pekerja kantin sekolah, berusia lingkungan tujuh hingga 40 tahun.

"Buat masa ini, keadaan dah terkawal. Baupun dah berkurangan, namun saya minta kalau ada penduduk yang rasa mereka ada simptom seperti loya, sakit tekak dan sebagainya, cepat-cepat ke hospital untuk pemeriksaan lanjut," kata Dr Sahruddin. 

Dr Sahruddin berkata pihaknya difahamkan terdapat sebuah lori tanker yang dipercayai telah membuang sisa kimia ke dalam Sungai Kimkim awal pagi semalam.

“Pasukan ??????daripada Jabatan Alam Sekitar dan pihak bomba akan  bekerjasama  dalam menyiasat  punca pembuangan sisa kimia yang dibuang di dalam Sungai Kimkim tu dari mana. Sampel akan diambil oleh pihak bomba,” kata beliau.

Beliau berkata pihaknya berharap akan dapat mengenalpasti dari mana punca pembungan sisa kimia dan jenis bahan kimia itu sendiri secepat mungkin.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     

740 membida nombor pendaftaran kenderaan siri ALL setakat petang ini

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel