cyzaUE-kohY 10 ditahan termasuk empat kanak-kanak sindiket edar dadah
Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

10 ditahan termasuk empat kanak-kanak sindiket edar dadah


Tarikh kemaskini: 06/03/2019





JOHOR BAHRU, 6 Mac (Bernama) -- Polis mematahkan sindiket pengedaran dadah susulan penahanan 10 individu termasuk empat kanak-kanak serta rampasan pelbagai jenis dadah dalam satu serbuan di sebuah rumah di Taman Pelangi Indah, di sini, awal pagi tadi.

Timbalan Ketua Polis Johor Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata pada serbuan pukul 1 pagi itu, mereka yang ditahan terdiri daripada  tiga lelaki dan tiga wanita berusia antara 19 hingga 34 tahun serta dua kanak-kanak lelaki dan dua kanak-kanak perempuan berusia enam hingga 12 tahun.

Katanya  polis tidak menolak kemungkinan kanak-kanak terbabit turut digunakan dalam mengedar dadah sekitar bandar raya itu oleh sindiket berkenaan yang dipercayai aktif hampir setahun.

“Saya tidak boleh menolak andaian kanak-kanak ini digunakan untuk edar dadah kerana serbuan dilakukan di  rumah, tetapi kanak-kanak ini telah diberi jamin pada pagi tadi.

“Kita akan menyiasat tentang penglibatan sama ada mereka terlibat secara langsung atau secara kebetulan berada di rumah terbabit,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini, hari ini.

Berdasarkan semakan kad pengenalan, dipercayai seorang kanak-kanak lelaki itu merupakan anak  kepada seorang daripada suspek  yang ditahan.

Mohd Kamarudin berkata tiga daripada enam suspek yang ditahan  positif dadah dan hasil semakan rekod lampau mendapati lima daripadanya mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah.

Dalam serbuan itu, pihaknya merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM11,208  terdiri daripada 504 gram ganja, 345 gram serbuk putih disyaki dadah, 84 gram syabu dan 48 biji pil ecstasy, dipercayai boleh membekal kepada 534 penagih dadah di sekitar bandar raya ini.

“Kita juga merampas satu pucuk pistol jenis Browning, dua kelopak pistol, 60 butir peluru hidup dan empat biji telefon bimbit pelbagai jenis dan wang tunai bernilai RM50,000,” kata beliau.

Turut dirampas sebuah kenderaan jenis Toyota Vellfire, sebuah Mitsubishi ASX, sebuah Mitsubishi Triton, tiga buah Honda Accord, sebuah Toyota Vios dan sebuah Proton Saga dengan nilai keseluruhan RM635,000.

Katanya, enam suspek dewasa berkenaan ditahan reman selama enam hari bagi disiasat di bawah Sesyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, Sesyen 8 Akta Senjata Api 1971 dan Seksyen 8 (a) Akta Senjata Api 1960.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     

740 membida nombor pendaftaran kenderaan siri ALL setakat petang ini

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel