Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

MAHB lancar inisiatif Piagam Kelestarian KUL


Tarikh kemaskini: 27/02/2019





SEPANG, 27 Feb (Bernama) — Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) hari ini berjanji untuk mendukung inisiatif Piagam Kelestarian KUL yang baru dilancarkan sebagai satu komitmen kepada alam sekitar di samping mengembangkan perniagaan perjalanan udaranya. 

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAHB Raja Azmi Raja Nazuddin berkata piagam itu dibahagikan kepada lima tonggak  termasuk mempraktiskan kesedaran ekonomi dan alam sekitar yang sewajarnya, mewujudkan tempat kerja yang memberi inspirasi, organisasi mesra masyarakat dan pengalaman lapangan terbang yang tidak dapat dilupakan.

KUL adalah kod bagi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur  dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) dalam Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).

“Dengan piagam itu, MAHB akan memulakan aktiviti yang memastikan kelestarian di samping mengembangkan perniagaannya tanpa meminggirkan alam sekitar,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran piagam tersebut oleh Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar, Isnaraissah Munirah Majilis di KLIA, di sini, hari ini.

Raja Azmi berkata MAHB merancang mengembangkan piagam itu ke lapangan terbang lain yang berada di bawah pengurusannya dalam tempoh satu hingga dua tahun ini. 

-- BERNAMA 

 


 

   

 
 
     
   
 

UniSZA muncul universiti rujukan manuskrip digital pertama di Malaysia

 
     

Masalah kemiskinan di Kelantan masih serius

 
     

Sarawak alu-alukan siasatan SPRM - Abdul Karim

 
     

Tambak laut: Anwar akan bertemu Ketua Menteri untuk bincang

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel