Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Seramai 309 PATI ditahan, tiada dokumen perjalanan sah


Tarikh kemaskini: 27/02/2019





KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) -- Seramai 309 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam satu operasi bersepadu di sekitar terminal bas Kota Raya, Jalan Silang kerana tidak memiliki permit kerja dan dokumen perjalanan yang sah di sini, hari ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, operasi yang bermula pukul 9.00 pagi itu melibatkan 175 pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL), ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi dengan kerjasama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah menahan 290 lelaki dan 19 wanita berusia antara 20-40 tahun.

“Mereka yang ditahan akan dihantar ke ibu pejabat Polis Kontijen (IPK) Kuala Lumpur sebelum dihantar ke lokap Jinjang, Dang Wangi dan Cheras untuk pemeriksaan secara menyeluruh dokumen perjalanan, pasport dan permit kerja.

"Kita juga akan memeriksa sekiranya mereka ini mempunyai rekod jenayah bagi memastikan ibu negara bebas dari jenayah," katanya kepada pemberita selepas tamat operasi berkenaan, di sini.

Sejak Januari, 2,103 warga asing telah diperiksa dan daripada jumlah itu 956 PATI termasuk 60 wanita ditahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Undi 18: SPR adakan sesi libat urus dengan pihak berkenaan

 
     

Penubuhan KPSM inisiatif tingkatkan sosioekonomi pekebun kecil

 
     

Polis tidak berat sebelah siasat tuduhan Exco rogol pembantu rumah

 
     

Program 'Anak Kami' PPIM bantu bayi tidak sah taraf dapat keluarga angkat

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel