Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Tiada titik panas dikesan di Negeri Sembilan - JAS


Tarikh kemaskini: 27/02/2019




SEREMBAN, 27 Feb (Bernama) -- Tiada titik panas dikesan di Negeri Sembilan setakat hari ini meskipun negara dilanda fenomena cuaca panas. 

Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri Norhazni Mat Sari bagaimanapun berkata rakyat di negeri ini diminta untuk tidak membuat pembakaran terbuka bagi mencegah pembakaran yang tidak terkawal. 

“JAS membuat rondaan penguatkuasaan mencegah pembakaran terbuka dan program ini dilaksanakan secara berterusan.

“Pembakaran terbuka jika benar pihak JAS mengesan ia berlaku, kita akan ambil tindakan perundangan yang sewajarnya,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini. 

Jabatan Meteorologi Malaysia sebelum ini melaporkan bahawa fenomena cuaca panas yang melanda bahagian barat Semenanjung dan Sabah dijangka berterusan hingga hujung Mac ini.

Bagaimanapun cuaca panas yang berlaku ketika ini adalah fenomena biasa yang melanda negara berikutan penghujung monsun timur laut.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Tiada penangguhan, perbicaraan 1MDB Najib kekal 19 Ogos

 
     

Undi 18: SPR adakan sesi libat urus dengan pihak berkenaan

 
     

Penubuhan KPSM inisiatif tingkatkan sosioekonomi pekebun kecil

 
     

Polis tidak berat sebelah siasat tuduhan Exco rogol pembantu rumah

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel