Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Masih ramai lagi belum mendaftar i-Suri di Negeri Sembilan


Tarikh kemaskini: 27/02/2019





SEREMBAN, 27 Feb (Bernama) -- Masih ramai lagi dikalangan suri rumah di negeri ini didapati masih belum mendaftar untuk menyertai Caruman Sukarela Insentif Suri (i-Suri), kata Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Hal Ehwal Wanita, Keluarga Dan Kebajikan negeri Nicole Tan Lee Koon.

Beliau berkata pada keseluruhannya seramai kira-kira 8,000 orang yang layak di bawah i-Suri dikenalpasti di Negeri Sembilan, tetapi setakat ini hanya 1,000 orang yang telah mendaftar.

"Ini bermakna kita masih ada 7,000 orang yang belum mendaftar. Oleh itu, kita akan membuat ‘road show’ untuk mempergiatkan lagi proses pendaftaran itu di seluruh negeri ini. Untuk tujuan itu, kita perlukan kerjasama semua Pejabat Daerah dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) untuk mengesan dan mendaftarkan mereka di bawah i-Suri.

"Kita juga akan membawa bersama Pos Malaysia dan Bank Simpanan Nasional (BSN) semasa 'road show' itu. Untuk pendaftaran itu, kita akan membuat program itu dibeberapa tempat termasuk di balai raya, dewan orang ramai dan sebagainya," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Katanya antara sebab mereka tidak mendaftar i-Suri ialah mereka tidak tahu kemudahan itu atau mereka tinggal jauh di luar bandar.

i-Suri dilancarkan Ogos 2018 bagi memberi peluang kepada golongan suri rumah dan membantu mereka menikmati keselamatan sosial berkualiti selain meningkatkan keselamatan kewangan seperti yang dinikmati ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

i-Suri akan menjadi sebahagian daripada inisiatif caruman sukarela KWSP yang ditubuhkan untuk golongan bekerja sendiri dan tanpa pendapatan tetap.

Insentif itu selaras fokus KWSP untuk mengurangkan jurang pendapatan serta keselamatan sosial, dan inisiatif kerajaan ini adalah langkah positif ke arah itu.

Sementara itu, katanya bagi mereka yang tidak layak dan tidak berminat mencarum di bawah i-Suri, mereka boleh menyertai Caruman Sukarela Insentif Persaraan (i-Saraan) atau sebelum ini dikenali sebagai Skim Persaraan 1Malaysia yang diperkenalkan pada 2010.

i-Saraan diperkenalkan bagi menggalakkan golongan yang tiada pendapatan tetap seperti petani, pemandu teksi dan peniaga kecil untuk menyimpan bagi hari tua, selain mendapat manfaat sama diterima ahli KWSP.

-- BERNAMA     


 

   

 
 
     
   
 

Kementerian Pendidikan galakkan pihak swasta ketengahkan ilmu robotik di sekolah tahfiz

 
     

Sultan Ibrahim lancar buku Kembara Mahkota Johor 2001-2018

 
     

Tiada penangguhan, perbicaraan 1MDB Najib kekal 19 Ogos

 
     

Undi 18: SPR adakan sesi libat urus dengan pihak berkenaan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel