Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Seorang daripada lima kanak-kanak positif difteria dibenar keluar wad


Tarikh kemaskini: 26/02/2019




JOHOR BAHRU, 26 Feb (Bernama) -- Seorang daripada lima kanak-kanak yang dimasukkan ke Wad Pengasingan Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini akibat difteria, Sabtu lepas, dibenarkan pulang ke rumah hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian Johor Dr Sahruddin Jamal berkata kanak-kanak terbabit, bagaimanapun, masih di dalam pemantauan pihak hospital dalam tempoh dua minggu ini.

“Empat kanak-kanak lain pula masih ditempatkan di Wad Pengasingan, namun, keadaan kesemua mereka dilaporkan stabil,” katanya yang dihubungi di sini hari ini.

Terdahulu, kelima-lima kanak-kanak terbabit, iaitu tiga perempuan dan dua lelaki berumur empat tahun ke bawah tersebut dimasukkan ke HSA selepas didapati positif difteria.

Kesemua mereka mempunyai kontak dengan kanak-kanak lelaki berumur dua tahun sebulan yang meninggal dunia disyaki akibat difteria, 21 Feb lepas, termasuk kakak kepada kanak-kanak yang meninggal dunia itu.

Kesemua mereka juga merupakan antara 52 individu yang menjalani ujian saringan difteria dan kehadiran Corynebacterium Diphteria dikesan pada sampel calitan tekak mereka.

Sementara itu, Dr Sahruddin turut menafikan mesej tular di laman sosial yang menasihati ibu bapa supaya mengelak membawa anak-anak mereka di sekitar Mutiara Rini, di sini, kononnya terdapat jangkitan difteria di kawasan terbabit.

“Saya ingin memberitahu masyarakat bahawa isu (mesej) itu tidak benar. Diharap masyarakat jangan mudah menularkan sesuatu isu yang tidak pasti kebenarannya,” katanya.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel