Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

K'jaan negeri kenalpasti potensi kawasan, daerah untuk disenarai di bawah UNESCO


Tarikh kemaskini: 26/02/2019




JOHOR BAHRU, 26 Feb (Bernama) -- Kerajaan Negeri dalam proses mengenalpasti kawasan, bangunan, daerah atau warisan di negeri ini yang boleh diangkat sebagai hab kreatif kemudiannya berpotensi untuk disenaraikan di bawah senarai Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO).

Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Keusahawanan, Koperasi dan Ekonomi Kreatif negeri, Sheikh Umar Bagharib Ali berkata ini adalah usaha Kerajaan Negeri dalam memantapkan ekonomi kreatif di Johor. 

“Kita sedang merancang dan melihat potensi yang ada dan apa juga ruang kerjasama yang kita boleh buat bersama pihak UNESCO,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Antara kawasan yang dilihat berpotensi untuk menjadi hab kreatif ialah Johor Bahru, Ayer Hitam dan Parit Sulong, masing-masing mempunyai bangunan lama yang boleh digunakan sebagai hab kreatif untuk pemain industri, katanya ketika mengulas lawatannya ke pejabat UNESCO peringkat ASEAN di Jakarta, petang semalam.

Pihaknya kini dalam proses menyiapkan Pelan Tindakan Ekonomi Kreatif dalam usaha membangunkan lagi ekonomi kreatif di negeri ini.

“Saya harap pelan tindakan itu boleh siap sebelum sesi pembentangan bajet akan datang, dalam bulan September atau Oktober tahun ini,” kata Sheikh Umar.

Menurut beliau, hasil perbincangan dengan pihak UNESCO juga banyak memberi pendedahan selain pihak UNESCO turut memberi panduan dalam membuat pelan tindakan berkenaan.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel