Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Penumpang bas maut di laluan Link Kedua


Tarikh kemaskini: 26/02/2019




SINGAPURA, 26 Feb (Bernama) -- Seorang wanita berusia 35 tahun maut dalam kemalangan melibatkan sebuah bas di laluan Link Kedua menghala ke pusat pemeriksaan Tuas di sini awal pagi tadi.

Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan Singapura (ICA) berkata mangsa, yang tidak dinyatakan kewarganegaraannya adalah penumpang bas berkenaan dan disahkan maut di tempat kejadian oleh paramedik.

ICA berkata pemandu dan 11 lagi penumpang bas dibawa ke hospital.

“Siasatan polis masih berjalan,” katanya dalam kenyataan.

ICA berkata pihaknya dimaklumkan mengenai kemalangan jalan raya yang melibatkan bas itu pada 4.21 pagi.

Gambar yang dikongsi di media sosial menunjukkan bahawa kejadian itu membabitkan sebuah bas kilang.

Bas itu dipercayai dari Johor Bahru merempuh susur di kawasan pusat pemeriksaan itu sehingga menyebabkan lorong kenderaan berat ditutup hampir enam jam dan dibuka semula pada 10 pagi tadi.

Terdahulu, pihak berkuasa itu berkata kemalangan jalan raya itu telah menghalang laluan kenderaan berat yang mana bas dan lori yang tiba di Singapura tidak dapat memasuki pusat pemeriksaan.

“Bas dan lori tidak dapat memasuki pusat pemeriksaan, manakala trafik keluar dari Singapura terjejas kerana bas dan lori dilencongkan ke Malaysia,” katanya.

 Bagaimanapun, ICA berkata lalu lintas bagi kereta dan motosikal yang tiba dan keluar Singapura di pusat pemeriksaan Tuas kembali normal sekitar 7 pagi.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel