Qid8p6DDTSY Muar Furniture Park bakal tarik pelaburan RM1.3 bilion
Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Muar Furniture Park bakal tarik pelaburan RM1.3 bilion


Tarikh kemaskini: 25/02/2019




MUAR, 25 Feb (Bernama) -- Daerah Muar dijangka mendapat suntikan baru dengan pelaburan RM1.3 bilion yang dipacu oleh pembangunan Muar Furniture Park (MFP) apabila hab perabot itu siap pada tahun 2023.


Presiden dan Ketua Eksekutif Johor Corporation (JCorp) Datuk Kamaruzzaman Abu Kassim berkata pihaknya yakin ia dapat dicapai berdasarkan reaksi positif terhadap pembangunan itu.


"JCorp yakin bahawa projek ini mampu membawa masuk pelaburan bernilai RM1.3 bilion ke daerah Muar sebagai satu hab perabot terancang, tersusun dan bersepadu pertama di Malaysia.

"Keyakinan tersebut berdasarkan sambutan serta sokongan pengusaha perabot yang kebanyakan beroperasi di Muar," kata beliau kepada pemberita baru-baru ini.

Sehingga kini, 107 plot tanah dengan keluasan 274 ekar di MFP telah ditandatangani perjanjian jual beli oleh pengusaha perabot sementara 14 plot tanah dengan keluasan 37 ekar masih menunggu pengusaha yang telah menandatangani perjanjian jual beli, untuk membuat pembayaran deposit.

Pembangunan MFP yang dijangka bermula pada suku ketiga tahun ini, akan dibangunkan di atas tapak seluas 986 ekar merangkumi lot-lot industri yang dilengkapi dengan kemudahan infrastruktur yang lengkap serta tahap keselamatan yang tinggi.
-- BERNAMA
 

   

 
 
     
   
 

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel