Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Hina Islam: PAS Johor rancang jumpa Ketua Polis Negeri


Tarikh kemaskini: 25/02/2019




JOHOR BAHRU, 25 Feb (Bernama) -- PAS Johor merancang untuk mengadakan pertemuan dengan Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd dalam masa terdekat bagi membincangkan kes penghinaan terhadap Islam dan Nabi Muhammad SAW yang semakin menjadi-jadi kebelakangan ini.

Pesuruhjaya Badan Perhubungan PAS negeri Abdullah Husin berkata pihaknya juga menuntut penjelasan daripada pihak berwajib berkaitan pembebasan pemilik akaun Facebook bernama Foo Sing Wai, yang dipercayai telah memuat naik karikatur menghina Nabi Muhammad SAW dan isteri baginda, bagi meredakan keresahan umat Islam.

“PAS Johor membantah pembebasan individu tersebut dan mendesak agar beliau dikenakan tindakan lebih tegas dan hukuman lebih berat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Pemilik akaun terbabit ditahan pada 22 Feb kerana disyaki menghina Nabi Muhammad SAW menerusi laman sosial Facebook dan dia dibebaskan dengan jaminan polis  setelah ditahan tiga hari bagi membantu siasatan kes itu.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel