Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Dua lagi suspek kes tipu pekerjaan 47 rakyat Malaysia direman


Tarikh kemaskini: 25/02/2019




KUCHING, 25 Feb (Bernama) -- Dua lagi suspek kes penipuan pekerjaan sehingga mengakibatkan penahanan 47 rakyat Malaysia di Kemboja baru-baru ini direman selama empat hari mulai hari ini.

Permohonan reman ke atas seorang lelaki dan wanita tempatan masing-masing berumur 35 tahun itu dibuat oleh pegawai siasatan kes berkenaan ASP Pricha Azin di hadapan Majistret Faelly Jeffrey Lanjungan di Mahkamah Majistret di sini.

Kedua-dua suspek itu ditahan di dua rumah berasingan di Traffic Garden dan Taman Chung Hua pada pukul 5 petang semalam.

Sabtu lepas, polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 35 tahun berhubung kes berkenaan dan telah direman selama empat hari bermula semalam.

Sehingga kini, seramai 23 orang terdiri daripada 18 lelaki dan lima perempuan tampil membuat laporan polis berhubung kes tersebut.

Kesemua 47 rakyat Malaysia yang dibebaskan dari penjara Wilayah Banteay Meanchey, Kemboja itu tiba di tanah air pada 17 Feb lepas dan daripada jumlah itu, 40 orang merupakan warga Sarawak berusia antara 19 hingga 44 tahun.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Sembilan pili air awam bagi hadapi gangguan bekalan air bermula esok

 
     

Konsul Indonesia di Pulau Pinang mahu penjelasan kes Adelina

 
     

Penganjuran e-sukan menguntungkan negara

 
     

Takaful IKHLAS perkenal IWE sebagai platform peserta bantu masyarakat

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel