Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Denggi: Penduduk PPR Taman Mesra perlu pandang serius isu kebersihan


Tarikh kemaskini: 25/02/2019




SANDAKAN, 25 Feb (Bernama) -- Penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Mesra di sini  dinasihatkan supaya memandang serius isu kebersihan di kawasan perumahan mereka itu yang merekodkan  jumlah kes wabak denggi tertinggi di daerah ini sejak awal tahun ini.

Ketika memberi nasihat itu, Anggota Dewan Undangan Negeri Elopura, Calvin Chong turut merayu agar penduduk PPR itu sentiasa mengadakan gotong royong membersihkan kawasan sekitar dan memberi kerjasama kepada program pejabat kesihatan daerah untuk menghapuskan pembiakan nyamuk aedes yang membawa kepada wabak penyakit denggi.

“Saya dimaklumkan terdapat 42 kes denggi di Taman Mesra dan ini merupakan jumlah tertinggi di Sandakan.

"Usaha menghapuskan pembiakan nyamuk aedes harus dipandang serius dan ini memerlukan kerjasama semua penduduk di Taman Mesra,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Chong memberitahu beliau telah melawat PPR itu baru-baru ini bersama Pejabat Kesihatan Sandakan.

Pada lawatan itu, beliau turut menasihatkan penduduk untuk menanam sikap bertanggungjawab terhadap kebersihan dan kesihatan keluarga serta membenarkan Pejabat Kesihatan Sandakan untuk membuat semburan kabus bagi membunuh nyamuk aedes di rumah masing-masing.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Lapan nelayan asing ditahan, tangkap ikan secara haram di perairan Labuan

 
     

Populasi badak sumbu Sumatera tidak lagi dikesan di Sabah

 
     

Kerajaan Kedah pinjam bank luar, tambah baik infrastruktur bekalan air

 
     

Sektor industri disasar sumbang 35 peratus kpd KDNK Sabah menjelang 2030

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel