Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

BEBC Malaysia minat jalin kerjasama dengan UMS promosikan pelancongan


Tarikh kemaskini: 24/02/2019





KOTA KINABALU, 24 Feb (Bernama) — Majlis Perniagaan Kawasan Pertumbuhan Timur ASEAN - Brunei, Indonesia, Malaysia dan Filipina (BIMP-EAGA) (BEBC) Malaysia berminat untuk bekerjasama dengan Pusat Penyelidikan Pelancongan Borneo (BTRC) Universiti Malaysia Sabah (UMS) untuk mempromosikan pelancongan dalam sub-rantau BIMP-EAGA.

Menurut BEBC Malaysia dalam kenyataan di sini hari ini, BEBC Malaysia telah mengadakan perbincangan awal dengan BTRC untuk menerajui pelancongan di sub-rantau itu.

Kumpulan BEBC Malaysia, terdiri daripada Pengerusi Datuk Roselan Johar Mohamed, Setiausaha Eksekutif Junzuenn Basalan, Ketua Kluster Pelancongan BEBC Sabah Ben Golimbi dan pengendali pelancongan Samson Shak dari Weston Wildlive dan Leslie Lau dari Peak Tours, menemui Pengarah BTRC Prof Dr Jennifer Chan pada Sabtu.

Isu-isu yang dibincangkan termasuk kerjasama antara BTRC dan BEBC Malaysia mengenai ceramah, seminar, persidangan, kursus latihan dan penerbitan, seperti dicadangkan oleh Chan.

Sementara itu, Golimbi menyatakan minat untuk menganjurkan bersama persidangan pelancongan lestari antarabangsa.

Chan berkata BTRC menyasarkan untuk menjadi pusat penyelidikan pelancongan pilihan di Malaysia dan pusat kecemerlangan pelancongan yang menjana pendapatan melalui kursus latihan dan pakej pelancongan.

— BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Sembilan pili air awam bagi hadapi gangguan bekalan air bermula esok

 
     

Konsul Indonesia di Pulau Pinang mahu penjelasan kes Adelina

 
     

Penganjuran e-sukan menguntungkan negara

 
     

Takaful IKHLAS perkenal IWE sebagai platform peserta bantu masyarakat

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel