Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

TMJ tidak setuju rancangan tubuh Uhamka di Pagoh


Tarikh kemaskini: 24/02/2019





JOHOR BAHRU, 24 Feb (Bernama) -- Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim tidak bersetuju dengan rancangan membina Universiti Muhammadiyah Prof Dr Hamka (Uhamka) di Pagoh pada masa akan datang.

Baginda bertitah pendirian itu kerana agama Islam adalah di bawah tanggungjawab negeri iaitu Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar.

“Kedua, fahaman ini bercanggah dengan fatwa-fatwa negeri Johor Darul Takzim. Pastinya akan berlaku kekeliruan dan perbalahan dalam kalangan masyarakat sekali gus boleh menyebabkan perselisihan antara umat Islam di Johor,” titah Tunku Ismail dalam kenyataan yang dimuat naik menerusi laman Facebook rasmi baginda, HRH Crown Prince of Johor, hari ini.

Laporan akhbar tempatan, Utusan Malaysia pada 18 Julai tahun lepas menyebut Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik menyokong pembinaan kampus luar negara pertama universiti itu di Malaysia.

Sokongan dinyatakan ketika Pengurus Pusat (PP) Muhammadiyah Indonesia, Prof Dr Suyatno bertemu dengan Maszlee di Putrajaya, sebelum itu.

Sebelum bertemu Maszlee, pengurusan PP Muhammadiyah juga bertemu Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi Datin Paduka Siti Hamisah Tapsir.

Ketika ini, Universiti Muhammadiyah memiliki lebih 10,000 warga pendidikan yang mengelola 173 kampus di seluruh Indonesia yang terdiri daripada 45 universiti dan selebihnya adalah sekolah menengah, akademi dan politeknik.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel