Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

80 rumah panjang terputus hubungan jalan Pakan-Engkamop terputus


Tarikh kemaskini: 24/02/2019





JULAU, 24 Feb (Bernama) -- Hujan lebat berterusan sejak beberapa hari telah menyebabkan mendapan tanah dan jalan runtuh di Km13.2 Jalan Pakan-Engkamop.

Kejadian yang disedari pada kira-kira 4.30 pagi hari ini telah menyebabkan jalan perhubungan ke 80 buah rumah panjang yang diduduki lebih 2,000 penduduk di kawasan berkenaan terputus.

Pemangku Ketua Polis Daerah Julau, ASP Colony Kiai berkata, kedalaman runtuhan tersebut adalah 20 meter manakala panjang jalan terputus ialah 50 meter.

Menurutnya, sebuah kenderaan pacuan empat roda yang sedang dalam perjalanan dari Engkamop ke Pekan Pakan terjatuh ke dalam runtuhan itu menyebab pemandu dan seorang penumpang cedera ringan.

“Kerja-kerja penyelenggaraan laluan yang terputus itu di bawah bidang kuasa Jabatan Kerja Raya (JKR) namun tidak dapat dipastikan tempoh siap kerana hujan masih lagi turun,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor, Nicholas Belulin berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian tanah runtuh itu pukul 9.00 pagi tadi melalui aplikasi WhatsApp Jawatankuasa Bencana Daerah Pakan.

Katanya, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakan Tan Sri William Mawan Ikom dan ADUN Meluan Rolland Duat Jubin telah meninjau keadaan jalan berkenaan.

Hasil perbincangan dengan pihak kontraktor, satu laluan lencongan akan dibuat dengan segera sementara menunggu kerja-kerja pembaikan jalan dilakukan.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Sembilan pili air awam bagi hadapi gangguan bekalan air bermula esok

 
     

Konsul Indonesia di Pulau Pinang mahu penjelasan kes Adelina

 
     

Penganjuran e-sukan menguntungkan negara

 
     

Takaful IKHLAS perkenal IWE sebagai platform peserta bantu masyarakat

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel