Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Anggota Puspanita digalak ikuti kursus kemahiran Kolej Komuniti


Tarikh kemaskini: 24/02/2019





TAWAU, 24 Feb (Bernama) -- Anggota Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam (Puspanita) di sini, digalakkan mengikuti kursus kemahiran yang ditawarkan di Kolej Komuniti Tawau.

Presiden Majlis Perbandaran Tawau (MPT), Alijus Sipil berkata kolej berkenaan menawarkan pelbagai kursus kemahiran dan semua pihak perlu memanfaatkan kursus disediakan di situ.

"MPT menyokong dan akan mengadakan kerjasama dengan Kolej Komuniti Tawau. Langkah pertama, saya akan atur agar anggota Puspanita mengikuti kursus di sini (kolej) kerana banyak program ditawarkan bersesuaian seperti kursus membuat kuih-muih," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penutupan Sabah Community College Ride 2.0 di sini, hari ini.

Sementara itu, Alijus memuji usaha penganjuran aktiviti berbasikal hari ini yang disertai lebih 200 peserta termasuk pelajar.

Beliau berkata aktiviti itu bukan sahaja memupuk pembudayaan gaya hidup sihat, malah dapat menggilap bakat peserta yang berpotensi menjadi atlet.

"Aktiviti kayuhan basikal juga boleh dijadikan platform menarik pelancong tempatan dan antarabangsa ke Tawau,” katanya.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Rumah 20 peserta projek Mesej Abai, Kinabatangan dibina tahun ini

 
     

Saya tahu siapa dalang sebar video - Azmin

 
     

Kesungguhan pimpinan, ahli Bersatu harus kekal demi kelangsungan parti - Maszlee

 
     

Pandelela fokus terjunan baharu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel