Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pusat pemindahan Simunjan ditutup pada 3 petang


Tarikh kemaskini: 24/02/2019





KUCHING, 24 Feb (Bernama) -- Pusat pemindahan Dewan Kampung Lutong, Sebangan, Simunjan  ditutup sepenuhnya pada pukul 3 petang ini, kata  Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara (JPBN).

Kesemua 67 mangsa banjir daripada 18 keluarga telah selamat pulang ke rumah masing-masing, katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

JPBN Sarawak turut mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua agensi yang telah bertungkus lumus dalam mengendalikan bencana banjir kali ini.

Hujan berterusan telah menyebabkan banjir di Kampung Lubok Meranti, Simunjan di bahagian Samarahan.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Seri Manjung lokasi baharu catat IPU sangat tidak sihat

 
     

Kepelbagaian masyarakat seharusnya jadi kekuatan negara - MB Pahang

 
     

Kepelbagaian kaum dan budaya di Sarawak lambang perpaduan rakyat

 
     

Terenggau muncul juara Ragbi 7 sepasukan Kebangsaan 2019

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel