Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Dana sosioekonomi persatuan keagamaan diwujudkan - Uggah


Tarikh kemaskini: 24/02/2019





KUCHING, 24 Feb (Bernama) -- Sarawak akan mewujudkan Dana Kebajikan Agama bagi menampung keperluan kewangan persatuan agama di negeri itu, kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Beliau berkata dana itu akan diwujudkan menerusi Unit Hal Ehwal Agama-agama Lain (Unifor).

“Buat masa ini Unifor berusaha mendapatkan sumbangan untuk disalurkan ke dana tersebut,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis pecah tanah The House Of The Epiphany di Katedral St Thomas di sini hari ini.

Hadir sama Pengarah Unifor Datuk Dr Ngenang Jangu dan Bishop Anglican Kuching Danald Jute.

Pada majlis tersebut, Uggah  turut menyerahkan cek bernilai RM7 juta untuk pembinaan House of The Epiphany (Kolej Teologi Anglican Sarawak dan Brunei Darussalam).

Uggah yang bertanggungjawab kepada Unifor, berkata satu majlis penasihat yang dianggotai 10 ketua-ketua agama, antaranya Kristian, Buddha, Hindu dan Bahai juga akan ditubuhkan di bawah unit itu. 

“Mereka ini (Majlis Penasihat) berperanan untuk membincangkan apa-apa isu yang berkaitan dengan keagamaan di samping mencari jalan penyelesaian bersama agar keamanan, perpaduan dan kemakmuran di Sarawak terus berkekalan,” katanya.

-- BERNAMA

 

 

 

 

 


 

   

 
 
     
   
 

Tiada penangguhan, perbicaraan 1MDB Najib kekal 19 Ogos

 
     

Undi 18: SPR adakan sesi libat urus dengan pihak berkenaan

 
     

Penubuhan KPSM inisiatif tingkatkan sosioekonomi pekebun kecil

 
     

Polis tidak berat sebelah siasat tuduhan Exco rogol pembantu rumah

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel