Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Polis tahan pasangan pengedar dadah di Lahad Datu


Tarikh kemaskini: 24/02/2019





LAHAD DATU, 24 Feb (Bernama) -- Sepasang suami isteri antara tiga individu warga Filipina di tahan polis kerana jenayah dadah dalam serbuan di Kampung Silam di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, ACP Nasri Mansor berkata polis menyerbu sebuah rumah dipercayai pasangan pengedar dadah, pada jam 8 malam.

"Semasa serbuan, sepasang suami isteri berumur 42 dan 38 tahun berada di sebuah bilik dan kedua-duanya cuba merempuh anggota serbuan untuk melarikan diri bagaimana pun berjaya ditangkap.

"Ketika pemeriksaan, suspek wanita berusia 38 tahun cuba menyembunyikan satu beg dompet ke belakang badannya dan didapati beg tersebut mengandungi 13 paket plastik dipercayai dadah jenis Syabu seberat 32.52 gram bernilai RM4,878," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Katanya, selain itu polis juga menemui 10 gulung kertas timah dan penyedut minuman diubah suai.

Menurut Nasri, penahanan pasangan suami isteri tersebut susulan tangkapan ke atas seorang lelaki berumur 50 tahun pada jam 7.30 malam di kawasan kebun sawit di kampung sama.

"Suspek mendedahkan mendapat bekalan dadah daripada seorang lelaki bernama Sadong, sebelum ditahan suspek bertindak agresif untuk melarikan diri tetapi berlaku pergelutan dengan anggota serbuan dan suspek mengalami kecederaan di pipi," katanya.

Katanya, pemeriksaan ke atas seluar  jeans dipakai suspek menemukan satu bekas plastik berwarna biru berisi empat paket plastik didalamnya dadah Syabu seberat 5.60 gram (RM840) serta 10 gulung kertas timah.

Nasri berkata, kesemua suspek yang tidak bekerja juga didapati positif dadah jenis Amphetamine serta Methaphetamine yang kini disiasat di bawah Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) akta yang sama.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Azis Jamman cedera ringan terlibat nahas jalan raya di Nabalu, Kundasang

 
     

Projek pembinaan ECRL beri keutamaan kepada rakyat tempatan - MB

 
     

Sembilan pili air awam bagi hadapi gangguan bekalan air bermula esok

 
     

Konsul Indonesia di Pulau Pinang mahu penjelasan kes Adelina

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel