Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Wanita antara 12 ditahan dalam 'Op sarang' di Kota Kinabalu


Tarikh kemaskini: 24/02/2019





KOTA KINABALU, 24 Feb (Bernama) -- Seramai 12 individu termasuk seorang wanita ditahan dalam Op Sarang di dua lokasi berasingan di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Habibi Majinji berkata kesemua mereka berumur 14 hingga 51 tahun itu adalah sebahagian daripada 20 individu diperiksa dalam operasi di Kampung Suang Parai dan Kampung Delima dari pukul 2 petang hingga 7 malam.

Habibi berkata lapan lelaki ditahan dalam operasi itu disiasat di bawah Seksyen 15(1)(A) Akta Dadah Berbahaya 1952,  manakala tiga lelaki disiasat mengikut Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen 1959/63, dan wanita terbabit di siasat di bawah Seksyen 4(1)(C) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

“Polis turut merampas wang tunai RM250 dan sebuah telefon bimbit,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Habibi berkata Op Sarang dilancarkan berdasarkan risikan dan maklumat orang awam bagi membendung kegiatan penyalahgunaan dadah sekali gus mengambil tindakan ke atas sindiket pengedaran dadah yang wujud di kawasan terbabit.

Usaha membanteras pengedaran dan penagihan dadah di sekitar Kota Kinabalu akan terus diperhebat demi kesejahteraan masyarakat setempat, katanya.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Sembilan pili air awam bagi hadapi gangguan bekalan air bermula esok

 
     

Konsul Indonesia di Pulau Pinang mahu penjelasan kes Adelina

 
     

Penganjuran e-sukan menguntungkan negara

 
     

Takaful IKHLAS perkenal IWE sebagai platform peserta bantu masyarakat

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel