Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Polis Sarawak tangkap lelaki disyaki berkaitan kes penahanan 47 rakyat Malaysia di Kemboja


Tarikh kemaskini: 23/02/2019





KUCHING, 23 Feb (Bernama) -- Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Sarawak, Supt. Mustafa Kamal Gani mengesahkan penangkapan seorang suspek kes tipu pekerjaan berhubung penahanan 47 rakyat Malaysia di Kemboja baru-baru ini.

Beliau berkata, JSJK IPK Sarawak telah menangkap seorang lelaki tempatan berusia 35 tahun hari ini di sini pada pukul 3.00 petang.

"Siasatan lanjut sedang dijalankan dan sekiranya siasatan terhadap suspek tidak dapat diselesaikan dalam tempoh 24 jam, suspek akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di Kuching esok untuk permohonan perintah tahanan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosidur Jenayah," katanya menerusi satu kenyataan media di sini hari ini.

Sehingga kini, 23 orang iaitu 18 lelaki dan lima wanita telah tampil membuat laporan polis berhubung kes ini.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Tiada penangguhan, perbicaraan 1MDB Najib kekal 19 Ogos

 
     

Undi 18: SPR adakan sesi libat urus dengan pihak berkenaan

 
     

Penubuhan KPSM inisiatif tingkatkan sosioekonomi pekebun kecil

 
     

Polis tidak berat sebelah siasat tuduhan Exco rogol pembantu rumah

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel