Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

PH Sarawak dakwa pejabat daearah enggan bantu pemohon BSH


Tarikh kemaskini: 23/02/2019




KUCHING, 23 Feb (Bernama) -- Pakatan Harapan (PH) Sarawak mendakwa beberapa pejabat daerah di negeri itu enggan membantu rakyat dalam menguruskan program Bantuan Sara Hidup (BSH) yang ditawarkan oleh kerajaan pusat.

Pengerusi PH Negeri, Chong Chieng Jen berkata antara pejabat daerah yang menolak membantu pendaftaran penduduk setempat ialah di Bau, Serian dan Simanggang.

Chong, yang juha Ahli Parlimen Stampin dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Sentosa, bagaimanapun berpendapat bahawa pejabat daerah tersebut tidak bertindak bersendirian tetapi percaya mereka menerima arahan daripada kerajaan negeri.

“Pegawai daerah atau pejabat daerah adalah di bawah kerajaan negeri dan tiada siapa yang dapat memberi arahan melainkan kerajaan negeri,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan PH negeri di sini, hari ini.

Berikutan itu, katanya, parti komponen PH negeri tidak mempunyai pilihan tetapi membantu pendaftaran rakyat Sarawak yang layak untuk menerima program kebajikan itu.

“Kami akan meningkatkan usaha dan berusaha sebaik mungkin untuk mendekati rakyat dan menjadi jambatan antara rakyat negeri dan kerajaan persekutuan,” katanya.

Chong, yang juga merupakan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, berkata, oleh kerana gagal mendapat khidmat bantuan daripada pejabat daerah, masyarakat di Bau terpaksa datang ke pejabat khidmat Ahli Parlimen Mas Gading Gading, Mordi Bimol, untuk pendaftaran.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Rumah 20 peserta projek Mesej Abai, Kinabatangan dibina tahun ini

 
     

Saya tahu siapa dalang sebar video - Azmin

 
     

Kesungguhan pimpinan, ahli Bersatu harus kekal demi kelangsungan parti - Maszlee

 
     

Pandelela fokus terjunan baharu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel