Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Warga Filipina maut ketika joging


Tarikh kemaskini: 23/02/2019




SANDAKAN, 23 Feb (Bernama) -- Mayat seorang lelaki warga Filipina ditemukan di kawasan sebuah bulatan di pusat bandar Sandakan di sini kira-kira pukul 7.15 pagi tadi, kata Ketua Polis Sandakan ACP Mohd Azhar Hamin.

Menurutnya, mangsa dikenali sebagai Gabil Hamis, 55, yang bekerja sebagai penjaja di Jalan Singapura di sini, dikatakan keluar berjoging lebih kurang 7 pagi sebelum ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh orang awam.

“Pihak ambulans yang tiba membuat pemeriksaan, mengesahkan mangsa telahpun meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan di sini.

Mohd Azhar berkata hasil siasatan awal mendapati tiada sebarang kecederaan disebabkan unsur jenayah pada mayat mangsa.

Beliau juga berkata isteri mangsa memaklumkan bahawa mangsa sememangnya mengalami penyakit jantung, kencing manis dan darah tinggi menerima rawatan setiap bulan di sebuah klinik swasta.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Tiada penangguhan, perbicaraan 1MDB Najib kekal 19 Ogos

 
     

Undi 18: SPR adakan sesi libat urus dengan pihak berkenaan

 
     

Penubuhan KPSM inisiatif tingkatkan sosioekonomi pekebun kecil

 
     

Polis tidak berat sebelah siasat tuduhan Exco rogol pembantu rumah

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel