Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Tiga projek untuk kemudahan penduduk Sandakan akan dimula pada tahun ini


Tarikh kemaskini: 23/02/2019




KOTA KINABALU, 23 Feb (Bernama) -- Tiga projek untuk kemudahan penduduk daerah Sandakan yang membabitkan peruntukan berjumlah RM128 juta akan dilaksanakan pada tahun ini.

Ia hasil pertemuan antara Anggota Parlimen Sandakan, yang juga Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Stephen Wong Tien Fatt dengan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng di Kuala Lumpur, semalam.

Wong dalam satu kenyataan di sini, hari ini, berkata projek pertama adalah membaikpulih bangunan lama Hospital Duchess of Kent Sandakan dengan kos RM8 juta. 

Katanya projek itu kini dalam proses menyiapkan dokumen tender dan dijangka akan dimulakan pada Mei ini. 

Projek kedua ialah Rancangan Tebatan Banjir Sungai Anib Sandakan dan sejumlah RM40 juta akan diperuntukkan dengan kini tender telah dipanggil. 

Beliau berkata projek ketiga ialah pemanjangan landasan lapangan terbang Sandakan yang melibatkan kos sebanyak RM80 juta akan dimulakan tidak lama lagi.

"Saya merakamkan penghargaan terhadap keprihatinan Lim dan Kerajaan Persekutuan melaksanakan projek untuk manfaat rakyat dan daerah Sandakan," katanya.

Wong berkata dalam pertemuan itu, beliau juga membangkitkan isu peningkatan bajet peruntukan untuk memperbaiki hospital di Sabah, pengecualian cukai untuk sekolah dan badan agama, menubuhkan Pusat Transformasi Bandar Sandakan (UTC) dan Skim Persaraan untuk Pencen Lembaga Pelabuhan Sabah.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Seri Manjung lokasi baharu catat IPU sangat tidak sihat

 
     

Kepelbagaian masyarakat seharusnya jadi kekuatan negara - MB Pahang

 
     

Kepelbagaian kaum dan budaya di Sarawak lambang perpaduan rakyat

 
     

Terenggau muncul juara Ragbi 7 sepasukan Kebangsaan 2019

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel