Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Petronas akan siasat punca kebakaran di Kompleks LNG Bintulu


Tarikh kemaskini: 23/02/2019




BINTULU, 23 Feb (Bernama) -- Satu kebakaran berlaku di cawangan keluar penyejuk air laut, di luar kawasan kilang proses kompleks Gas Asli Cecair Petronas di sini pada pukul 6.00 pagi semalam.

Jabatan Hal Ehwal Awam Malaysia LNG Sdn Bhd, dalam satu kenyataan menyatakan bahawa  kebakaran itu dapat dipadamkan pada pukul 6.48 pagi selepas Pasukan Bertindak Kecemasan (ERT) di situ digerakkan bagi mengawal keadaan.

“Tiada kecederaan atau sebarang kesan kepada komuniti berhampiran,” menurut kenyataan itu di sini hari ini.

Semua pihak yang berkenaan telah diberitahu dan siasatan masih dijalankan untuk mengetahui  punca kejadian.

Untuk rekod, kebakaran di kompleks itu adalah yang kedua seumpama. Pada Julai 2016 satu kebakaran berlaku di sebuah daripada pengubah di kompleks LNG Petronas di sini tetapi ia tidak menjejaskan pengeluaran dan tiada kecederaan dilaporkan.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Azis Jamman cedera ringan terlibat nahas jalan raya di Nabalu, Kundasang

 
     

Projek pembinaan ECRL beri keutamaan kepada rakyat tempatan - MB

 
     

Sembilan pili air awam bagi hadapi gangguan bekalan air bermula esok

 
     

Konsul Indonesia di Pulau Pinang mahu penjelasan kes Adelina

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel