93oR6ho_Pys Penglibatan SPRM kukuhkan integriti pelaksanaan RCP di pantai timur Sabah
Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Penglibatan SPRM kukuhkan integriti pelaksanaan RCP di pantai timur Sabah


Tarikh kemaskini: 23/02/2019





SANDAKAN, 23 Feb (Bernama) -- Penglibatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam menjayakan pusat pemeriksaan daratan (RCP) di Kalabakan, Tawau, berupaya mengukuhkan integriti pelaksanaan pusat itu, sekali gus Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) akan membuka sebuah RCP di Beluran hujung bulan ini.

Komandernya, Datuk Hazani Ghazali berkata RCP di Beluran, yang terletak di kawasan Sapi Nangoh, akan beroperasi selama 24 jam bagi menyekat kemasukan elemen jenayah, termasuk penyeludupan barang dan pendatang asing tanpa izin di daratan, terutama yang melalui ‘laluan tikus’.

“Saya memang ada jemput semua agensi penguatkuasa termasuk SPRM, untuk duduk bersama Esscom dalam menjayakan RCP bagi memelihara ketelusan dan integriti pelaksanaan RCP.

“Alhamdulillah, bulan lepas, kita berjaya menahan satu kumpulan di RCP Kalabakan yang cuba memberi rasuah kepada pegawai kita dan barang yang hendak diseludup masuk turut dirampas,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis dialog Esscom bersama komuniti maritim Sandakan di sini hari ini.

RCP Kalabakan diwujudkan tahun lepas bagi menyekat pergerakan penjenayah yang menggunakan Tawau sebagai transit.

Dalam pada itu, Hazani juga mencadangkan kepada kerajaan negeri untuk mewujudkan pusat pemeriksaan di laut (SCP) bagi memeriksa kapal yang melalui perairan pantai timur Sabah.

Beliau berkata Esscom sudah mengenal pasti lima tempat untuk membangunkan SCP.

Di samping itu, beliau mencadangkan agar kerajaan mewartakan laluan untuk kapal komersial bagi memudahkan pemeriksaan pasukan keselamatan terhadap kapal-kapal yang melalui perairan di pantai timur Sabah.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Rosmah pohon jaminan kos RM500,000 daripada syarikat barang kemas Lubnan

 
     

Separuh penjawat awam terlibat rasuah adalah golongan muda

 
     

Sultan Nazrin rasmi klinik kesihatan Simpang

 
     

Dua warga emas lari lebih 500km sempena Hari Kebangsaan ke-62

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel