Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pemilihan Amanah Labuan saksikan perlawanan dua penjuru


Tarikh kemaskini: 23/02/2019




LABUAN, 23 Feb (Bernama) -- Pemilihan sulung Parti Amanah Negara (Amanah) Labuan esok akan menyaksikan pertembungan dua penjuru bagi merebut jawatan ketua kawasan.

Pertembungan itu adalah antara Chemat Mustapha, 56, dan Yahya Saleha, 63, dan dijangka sengit kerana kedua-dua mereka mendakwa mendapat sokongan yang mantap. Chemat mendakwa menerima sokongan daripada 36 cawangan manakala Yahya mendakwa disokong 28 cawangan.

Amanah Labuan yang ditubuhkan pada Jun tahun lepas kini mempunyai 64 cawangan.

Pengerusi jawatankuasa sementara Amanah Labuan Dr Ramli Tahir akan bertanding bagi jawatan anggota jawatankuasa.

Pengerusi Perbadanan Labuan Datuk Seri Amir Hussien yang diuar-urakan bertanding ketua kawasan membatalkan hasratnya selaras dengan dasar Amanah yang tidak membenarkan anggota parti yang memegang jawatan dalam kerajaan terlibat dalam pemilihan parti.

Pemilihan itu akan menentukan hala tuju Amanah di pulau bebas cukai ini menerusi kepimpinan yang dilantik secara sah.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Amalan letak wanita di kelas rendah dalam organisasi kini tidak relevan

 
     

Perbicaraan kes rogol libatkan Exco Perak bersambung Februari depan

 
     

Lelaki meninggal dunia terkena renjatan elektrik ketika harung banjir

 
     

JPJ N. Sembilan kutip RM1.2 juta bidaan nombor pendaftaran NDN

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel