Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Mesyuarat PH Sarawak jalan lancar bincang persiapan hadapi pilihan raya negeri


Tarikh kemaskini: 23/02/2019




KUCHING, 23 Feb (Bernama) -- Pakatan Harapan (PH) Sarawak pada mesyuarat pertamaya di sini hari ini membincangkan strategi menghadapi Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam pilihan raya negeri akan datang, kata pengerusinya Chong Chieng Jen.

Mesyuarat itu disertai oleh wakil Bersatu, DAP, PKR and Amanah.

"Ia merupakan mesyuarat yang cukup berhasil dalam pembentangan pelan dan strategi,” kata  Chong pada sidang akhbar selepas mesyuarat itu.  

Chong juga mengumumkan mesyuarat tersebut telah membentuk sekretariat PH Sarawak, dengan dua wakil dari setiap parti komponen akan duduk di sekretariat itu.

Beliau berkata PH Sarawak akan mengadakan konvensyen pertamanya dalam masa dua bulan di Kuching, tetapi tarikh dan tempat akan diputuskan kemudian.

Mengenai peruntukan kerusi dalam kalangan empat parti komponen, Chong berkata rundingan mengenai nya sedang berjalan.

Semua calon akan bertanding sebagai calon PH, katanya.

Chong berkata mungkin tidak ada pertandingan tiga penjuru bagi setiap kerusi dalam pilihan raya kali ini.  

"Apa yang lebih penting ialah empat parti kita bekerja sebagai satu pasukan.

“Fokus dan keutamaan kita ialah bekerja sama dan membantu melaksanakan dasar kerajaan pusat demi faedah rakyat Sarawak," tambah Chong.

Beliau berkata terdapat lebih 20 kementerian dan setiap kementerian mempunyai banyak dasar yang boleh memberi manfaat kepada rakyat Sarawak.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Amalan letak wanita di kelas rendah dalam organisasi kini tidak relevan

 
     

Perbicaraan kes rogol libatkan Exco Perak bersambung Februari depan

 
     

Lelaki meninggal dunia terkena renjatan elektrik ketika harung banjir

 
     

JPJ N. Sembilan kutip RM1.2 juta bidaan nombor pendaftaran NDN

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel