Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Polis KK tahan 42 individu bersabit dadah


Tarikh kemaskini: 23/02/2019





KOTA KINABALU, 23 Feb (Bernama) -- Polis menahan 42 individu termasuk lima wanita di sekitar kawasan Suang Parai, Manggatal selepas disyaki terbabit pelbagai kesalahan berkaitan  dadah menerusi operasi yang dijalankan bagi tempoh 16 Feb lalu hingga semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Habibi Majinjin berkata 11 daripada mereka ditahan kerana memiliki dadah sementara 31 lagi disebabkan urin positif dadah.

“Mereka yang berusia 18 hingga 41 tahun itu merangkumi 32 warga tempatan dan 10 warga asing,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Habibi berkata sepanjang operasi itu juga polis merampas pelbagai jenis dadah dengan nilai dianggar RM3,800.

Katanya polis akan terus memperhebat usaha membanteras masalah pengedaran dan penagihan dadah di daerah itu. 

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Amalan letak wanita di kelas rendah dalam organisasi kini tidak relevan

 
     

Perbicaraan kes rogol libatkan Exco Perak bersambung Februari depan

 
     

Lelaki meninggal dunia terkena renjatan elektrik ketika harung banjir

 
     

JPJ N. Sembilan kutip RM1.2 juta bidaan nombor pendaftaran NDN

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel