Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Lelaki hilang ketika menangkap ikan di Sungai Segaliud, Kinabatangan


Tarikh kemaskini: 21/02/2019





KINABATANGAN, 21 Feb (Bernama) -- Seorang lelaki hilang semasa menangkap ikan menaiki bot di Sungai Segaliud, Kota Kinabatangan di sini malam tadi.

Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah di sini hari ini, panggilan kecemasan diterima pada 10.59 malam tadi selepas mangsa Mohamad Salim, 61, gagal pulang ke rumah.

Sebaik menerima panggilan kecemasan itu, Balai Bomba dan Penyelamat Kinabatangan menggerakkan anggota ke tempat kejadian iaitu 14 km dari balai.

“Pencarian  awal menjumpai  bot mangsa dalam  keadaan terbalik namun mangsa  masih belum dijumpai,” kata kenyataan itu.

Operasi  mencari dan menyelamat (SAR)  dijalankan oleh pasukan bomba  di sepanjang sungai berkenaan bersama penduduk kampung, namun ditangguhkan pada 1 pagi tadi.

Operasi SAR disambung hari ini.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Negara kehilangan seorang ikon pengguna dan alam sekitar

 
     

Kerajaan PH sasar 10 tahun perbaiki kepincangan dalam negara

 
     

Hakim mesti buat keputusan tepat untuk badan kehakiman kembali dipandang tinggi - Peguam Negara

 
     

Penjawat awam Pahang terima bonus raya RM600

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel