Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Perikanan Sabah musnah lebih 800 ekor makhluk perosak terumbu karang


Tarikh kemaskini: 19/02/2019




LAHAD DATU, 19 Feb (Bernama) --- Jabatan Perikanan Sabah memusnahkan 858 ekor Mahkota Duri atau Crown of Thorns (cot) yang mengancam pertumbuhan  terumbu karang di perairan Tebah Batang, Tungku dekat sini, kata Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah, Datuk Junz Wong.

Junz berkata pemusnahan itu dilakukan dengan menyuntuk racun ke badan Mahkota Duri dan dalam tempoh tiga hingga lima jam parasit itu mati.

"Pembiakan parasit ini perlu dikawal sebelum menyebabkan kemusnahan teruk terhadap terumbu karang di perairan Sabah.

"Terumbu karang merupakan flora dan fauna dasar laut yang menjadi antara tarikan industri pelancongan di Sabah dan jika Mahkota Duri dibiarkan industri ini boleh terjejas," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Operasi sehari menyuntik parasit itu melibatkan lapan penyelam bertauliah daripada Jabatan Perikanan Sabah serta dua penyelam Ruby Lagoon Travel & Tour Sdn Bhd dengan tiga selaman.

Dalam pada itu, Junz mengalu-alukan  penyertaan semua pihak termasuk pengusaha pelancongan dalam program  bagi memastikan kelestarian terumbu karang di negeri ini.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perikanan Sabah Dr Ahemad Sadi yang mengetuai selaman bagi menyuntik Mahkota Duri  berkata pihaknya bersedia untuk terus membantu usaha  membasmi parasit itu

--BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Pembalakan haram di hutan simpan harus dihentikan di Sabah - Mohd Shafie

 
     

15 penyewa PPR dikenakan tindakan kerana langgar peraturan

 
     

46 lokasi berpotensi berlaku pencemaran di Pasir Gudang - Yeo

 
     

46 lokasi berpotensi berlaku pencemaran di Pasir Gudang - Yeo

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel