Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Keriang Hill Resort tampil perkampungan perkahwinan


Tarikh kemaskini: 19/02/2019





ALOR SETAR, 19 Feb (Bernama) -- Kepada bakal pengantin yang inginkan kelainan pada hari berbahagia mereka, Keriang Hill Resort di sini, menawarkan ‘Perkampungan Perkahwinan’ sebagai lokasi menarik untuk menganjurkan majlis resepsi pada bila-bila masa.

Ketua Pegawai Eksekutif Keriang Hill Sdn.Bhd, Datuk Wan Ahmad Muazzam Wan Ismail berkata dengan moto 'Back To Kampung Life' yang diterapkan, pihaknya menawarkan pelbagai pilihan tema dan menu menarik dengan harga yang cukup berpatutan. 

"Bakal pengantin boleh buat pilih sama ada ingin menyewa dewan, katering dan khidmat perancang perkahwinan yang disediakan pihak Keriang Hill, atau hanya menyewa tempat dan memilih sendiri pihak katering dan perancang perkahwinan sendiri.

"Kita menyediakan lokasi berkonsep outdoor menggunakan 'marque tent' yang boleh memuatkan sehingga 3,000 tetamu pada satu masa.

“Bagi permulaan tahun ini, kita menyasarkan tiga majlis perkahwinan sebulan dengan tawaran pelbagai pakej termasuk harga makanan serendah RM25 seorang," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Wan Ahmad Muazzam berkata, Keriang Hill mengalu-alukan pasangan pelbagai daripada apa juga kaum tidak kira Melayu, Cina, India atau kaum minoriti yang lain.

"Di Keriang Hill kita ada 14 pilihan rumah tradisional Melayu Kedah yang pastinya menggamit memori pada zaman dahulu.

"Selain menganjurkan majlis resepsi, keluarga pasangan pengantin yang menginap di Keriang Hill boleh melibatkan aktiviti dalam aktiviti rekreasi seperti mendaki gunung yang dipandu oleh Unit Sukan dan Rekreasi Keriang Hill,”  katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Dua belas pelajar MRSM Kuala Klawang terlibat kemalangan bas, SUV-MARA

 
     

Suspek utama kes bakar kereta mufti diberkas, seorang lagi diburu

 
     

UMNO dan PAS bentuk kerjasama rasmi selepas Aidilfitri

 
     

Raja Zarith Sofiah zahirkan penghormatan terhadap Almarhum Sultan Ahmad Shah

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel