Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Lelaki maut jatuh feri warga Myanmar, kata polis


Tarikh kemaskini: 19/02/2019





GEORGE TOWN, 19 Feb (Bernama) -- Seorang lelaki yang ditemukan lemas Ahad lepas selepas dilaporkan terjatuh dari sebuah feri di sini dua hari sebelumnya telah dikenal pasti sebagai warga Myanmar.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Che Zaimani Che Awang hari ini berkata mangsa dikenal pasti sebagai Mohamad dan pemegang kad Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR).

“Mangsa bekerja sebagai penjual sayur di Butterworth dan motosikalnya ditinggalkan di Komtar. Kami masih mengesan majikan mangsa bagi mendapatkan maklumat lanjut,” katanya di sini.

Dalam kejadian pukul 9.20 pagi Jumaat lepas, mangsa dikatakan terjatuh ke dalam laut dari sebuah feri yang berada kira-kira 1.2 kilometer dari barat laut berhampiran Terminal Feri Butterworth.

Mayatnya ditemukan di Jeti Swettenham kira-kira pukul 10.30 pagi selepas tiga hari operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilakukan.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Pembalakan haram di hutan simpan harus dihentikan di Sabah - Mohd Shafie

 
     

15 penyewa PPR dikenakan tindakan kerana langgar peraturan

 
     

46 lokasi berpotensi berlaku pencemaran di Pasir Gudang - Yeo

 
     

46 lokasi berpotensi berlaku pencemaran di Pasir Gudang - Yeo

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel