Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

ACL : MBI siar secara langsung Perak lawan Ulsan Hyundai


Tarikh kemaskini: 19/02/2019





IPOH, 19 Feb (Bernama) -- Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) akan menyiarkan secara langsung perlawanan pusingan ketiga bola sepak Liga Juara-Juara Asia (ACL) antara Perak dengan pasukan Korea Selatan, Ulsan Hyundai petang ini.

Menurut MBI, tayangan menggunakan skrin LED itu dibuat di Dataran Stesen Keretapi mulai pukul 6 petang.

"Orang ramai dijemput hadir menyaksikan siaran langsung perlawanan tersebut sebagai tanda sokongan kepada pasukan bola sepak Perak.

"Ia juga secara tidak langsung akan memeriahkan lagi saingan Liga Juara-Juara Asia," demikian menurut kenyataan MBI di sini, hari ini.

Perak layak ke pusingan ketiga ACL selepas menundukkan kelab Hong Kong, Kitchee SC 6-5 dalam penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 dalam pusingan kedua, 12 Feb lepas.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Negara kehilangan seorang ikon pengguna dan alam sekitar

 
     

Kerajaan PH sasar 10 tahun perbaiki kepincangan dalam negara

 
     

Hakim mesti buat keputusan tepat untuk badan kehakiman kembali dipandang tinggi - Peguam Negara

 
     

Penjawat awam Pahang terima bonus raya RM600

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel