Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

KUASA minta kerajaan negeri wujud sesi pendengaran awam


Tarikh kemaskini: 19/02/2019




IPOH, 19 Feb (Bernama) -- Persatuan Aktivis Sahabat Alam – KUASA, meminta kerajaan Perak menjadi negeri kedua selepas Selangor untuk mengadakan sesi pendengaran awam sekiranya wujud pemansuhan hutan simpan kekal di negeri ini.

Presidennya Hafizudin Nasarudin berkata ia bagi memudahkan segala maklumat berhubung perkara itu mencapai persetujuan bersama sebelum segala projek pembangunan dijalankan di kawasan melibatkan tanah hutan simpan kekal.

“Sewaktu sesi pendengaran awam itu, kita boleh tahu segala maklumat dan kita boleh capai kata persetujuan. Kita tidak mahu segala maklumat dibuat secara berahsia dan menimbulkan banyak konflik,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas persatuan itu mengadakan pertemuan selama sejam bersama Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berhubung isu perhutanan serta kawasan perlindungan di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.

Katanya, kerajaan negeri juga perlu mengiktiraf persatuan itu sebagai pihak pemantau ketiga dalam usaha mengekang aktiviti pencerobohan tanah haram yang semakin berleluasa di Perak.

“Ia perlu bagi membantu agensi kerajaan melihat kawasan tanah yang telah diceroboh, kawasan mana yang sesuai untuk dibuat pembangunan, kawasan mana yang tidak boleh buat untuk pembangunan. 

“Kami berharap pihak kerajaan negeri mengikut segala dasar-dasar yang ditetapkan seperti yang termaktub dalam Dasar Rancangan Fizikal Negara,” katanya.

Dalam pada itu, Hafizudin berkata kerajaan negeri juga perlu mewujudkan sebuah jawatankuasa khas yang melibatkan kerjasama pertubuhan bukan kerajaan dan komuniti dalam merancang pembangunan yang mahu dilakukan di dalam negeri ini.

Katanya, penemuan dan perbincangan bersama Ahmad Faizal membabitkan isu hutan akan diteruskan selepas ini.

Sementara itu, Pengarah Perhutanan Negeri Perak Datuk Mohamed Zin Yusop berkata pihaknya akan memberi kerjasama sepenuhnya dengan Sahabat Alam Malaysia dan KUASA dalam memperbaiki pengurusan hutan di Perak.

“Semua tahu, ini merupakan pertama kali perjumpaan bersama kerajaan negeri, pihaknya dan persatuan berkenaan dan kita akan adakan lagi perbincangan lanjut bersama mereka berhubung pengurusan hutan,” katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Pembalakan haram di hutan simpan harus dihentikan di Sabah - Mohd Shafie

 
     

15 penyewa PPR dikenakan tindakan kerana langgar peraturan

 
     

46 lokasi berpotensi berlaku pencemaran di Pasir Gudang - Yeo

 
     

46 lokasi berpotensi berlaku pencemaran di Pasir Gudang - Yeo

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel