Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Dapur Kolej Vokasional Kuala Kangsar ditutup sementara


Tarikh kemaskini: 19/02/2019




IPOH, 19 Feb (Bernama) -- Premis dapur asrama Kolej Vokasional Kuala Kangsar ditutup sementara di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 bagi tujuan siasatan lanjut dan pembersihan.

Pengarah Kesihatan Perak Datuk Dr Ding Lay Ming berkata langkah itu diambil susulan seramai 86 pelatih kolej berkenaan mengalami gejala seperti sakit perut, muntah, cirit-birit dan demam akibat keracunan makanan pada Ahad lepas.

Beliau berkata bagaimanapun, daripada jumlah itu, seramai lima pelatih masih menerima rawatan di Hospital Kuala Kangsar, manakala seorang lagi menerima rawatan di hospital swasta.

“Kami masih menyiasat punca kejadian dan sampel makanan telah diambil untuk ujian makmal di Makmal Kesihatan Awam Ipoh.

"Siasatan segera telah dijalankan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Kangsar sebaik sahaja menerima notifikasi daripada Hospital Kuala Kangsar pada hari kejadian,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

Pada Ahad lepas, seramai 86 orang daripada keseluruhan 562 pelatih yang berumur antara 16 hingga 19 tahun mengalami gejala berkenaan namun keadaan terkawal.

Dalam pada itu, Dr Ding turut menasihatkan orang ramai serta pelajar mengambil beberapa langkah pencegahan bagi mengelak keracunan makanan.

“Antaranya mengamalkan konsep ‘lihat, hidu dan rasa’ sebelum memakan makanan dan elakkan daripada memakan makanan tersebut sekiranya berlaku perubahan pada rupa, bau serta rasa,” katanya.

Selain itu, beliau berkata pengusaha makanan juga dinasihatkan untuk sentiasa menjaga kebersihan dan pastikan makanan yang dijual adalah bersih dan selamat. 

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Kementerian Pendidikan siap sedia hadapi banjir

 
     

Kos beli vaksin untuk pendatang asing akan diumumkan nanti

 
     

Perpaduan sebenar tidak kenal fahaman politik, amalan kepercayaan - Daud Yusof

 
     

Semakan keputusan kemasukan MRSM tingkatan satu bermula hari ini

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel